Rabu, 7 Mac 2018

10 Jan 2017, Anwar Ibrahim - Kuasa dan Tatakelola


"Pemilik kuasa akan terpedaya jika menganggap kuasa itu suatu kesucian. Dengan kebijaksanaannya untuk muhasabah, Khalifah Umar Abdul Aziz melantik Hisbah bagi mengawasi tingkahlaku dirinya sendiri. Umar berhujah kepada pengawas-pengawasnya: 

" Pemerintah lazimnya melantik orang bagi mengawas rakyat jelata. Aku melantik kamu supaya mengawasi aku dan tingkah laku aku".


* Keupayaan manusia untuk menegakkan keadilan memungkinkan demokrasi, tetapi kecenderungan manusia melakukan ketidakadilan menjadikan demokrasi wajib.* 


Ahli Theologi: Christian Reinhold Niebuhr



Selaku Menteri Kewangan dulu, saya sebutkan kebijaksanaan menegur sebagai semakan dan kawalan keatas godaan kuasa yang mengajak kepada kesombongan, lalai dan berpura-pura. 

Kritikan terhadap bermegah-megah adalah perlu bagi memastikan alat-alat dan institusi negara demokratik terhindar daripada godaan menggunakan kaedah-kaedah yang melanggar undang-undang, yang menyebabkan kezaliman dan menindas pandangan-pandangan berbeza serta menginjak-injak pembangkang.

Bukan sahaja kita perlu menolak mengaitkan kuasa dengan kesucian tetapi kemasyhuran itu mesti diingini kepedulian keatas mereka yang merana angkara manusia lain yang tidak berperikemanusiaan.

Impiannya bukan hanya untuk pembebasan manusia, bahkan supaya tatakelola beretika. Tanpa tatakelola beretika semua perjuangan sia-sia tidak bererti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan