Selasa, 30 Januari 2018

Menjelang Wawasan 2020 pada tahun 2018

Suatu tempoh perlaksanaan pembangunan negara dan masyarakat oleh Dr Mahathir Mohamad, adalah suatu azam yang akan melihat negara dan rakyatnya sering di hormati. Pengalaman yang dapat di kongsi pada pihak pembangkang adalah anugerah seorang manusia bijak di kalangan Melayu.

Saya pada ketika itu berumar 16 tahun pada tahun 1991, sewaktu perasmian sempena menyambut Hari Kemerdekaan 1991 di Dataran Merdeka. Para pelajar sekolah selesai daripada mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) merupakan pelajar Tingkatan 4. Kami merasakan suatu kejaiban pada negara akan berlaku, dengan timbulnya cerita Star Wars, yang memberi umpama kisah peperangan antara pihak dilangit dan kita manusia menetap dibumi. Wawasan 2020 menjadi tema pada Hari Kebangsaan tersebut dengan sambutan amat meriah telah kami alami. Jangkaun mengenai keadaan negara bagi tempoh 30 tahun akan datang adalah suatu perkara yang boleh di fikirkan serta dilakukan dengan segala kekuatan dan keupayaan membina negara, oleh seluruh masyarakat berbilang bangsa. Tanpa memikir perkara lepas atau sejarah, malah menjadikan tempoh mendatang negara yang akan terhasil oleh kerajaan Barisan Nasional, kini cuba pula untuk mencapai satu tempoh masa 30 tahun akan datang.

Oleh itu, pada tahun 2018 adalah sudah menghampiri kita dengan pelbagai bebanan ketua kerajaan yang merompak hasil negara. Dengan menjadikan GST sebagai sumber untuk menampung ketirisan perbelanjaan serta rasuah melalui pelbagai projek pembangunan kroni-kroni. Dengan nama melayu mereka telah mengkayakan diri dan keluarga mereka bukan untuk kesejahteraan rakyat. Para ulama dan mufti umpama tidak menjumpai panduan bagi menyatakan bahawa GST adalah suatu yang haram untuk di jadikan sebagai sumber ekonomi negara. Perlaksanaan cukai yang telah banyak menyusahkan rakyat pada keseluruhannya, ia sebagai DEDAK oleh kapitalis ekonomi dengan  meracun pemikiran dan kebodohan para menteri yang tidak mengerti bab ekonomi.

Bina Semula Negara adalah tema bagi Hari Kebangsaan Pakatan Harapan jika berjaya menduduki kerajaan selepas dari PRU 14 pada tahun ini. Kita bangunkan negara ini mengikuti landasan harmoni masyarakat berbilang bangsa yang sekian lama di negara ini. Kerosakan demi kerosakan diatas sistem kendalian Umno/BN dalam menguruskan negara, tekanan demi tekanan kepada rakyat menjadi hamburan ucapan dalam perjumpaan bersama rakyat sebagainya. Pembohongan demi pembohongan di lemparkan kepada rakyat bagi menutup segala kerosakan negara yang telah mereka lakukan sebagai para pemimpin kerajaan kleptokrasi yang amat tinggi amalah rasuahnya.

Para pembangkang dalam parti politik telah menyatakan persetujuan julung kali melalui 4 buah parti, PKR, PPBM, Amanah dan DAP serta bersama Parti Warisan di Sabah dan mungkin juga di Sarawak. Ia adalah petunjuk bahawa akhir pada kehancuran ini perlu dipikul oleh parti-parti pembangkang yang selama ini sering mengingati semasa di dalam sidang Dewan Parlimen. Parti DAP yang selamanya adalah pembangkan akan turut bersama berjuang bagi menjatuhkan kerajaan barisan nasional pada setiap kali pilihanraya, tidak pernah menyertai gabungan parti-parti pada pihak kerajaan. Maka gabungan parti pembangkang telah menemui formula bagi menjatuhkan kerajaan barisan nasional iaitu dengan bekerjasam dengan parti PPBM, seterusnya tertubuhnya Pakatan Harapan  bersama PKR dan Amanah setelah Pakatan Rakyat sebelumnya gagal. 

     "Mereka dan orang-orang yang seperti mereka wujud di mana-mana zaman, iaitu orang yang menyembunyikan kenyataan-kenyataan yang benar yang telah di turunkan Allah kerana sesuatu sebab dari berbagai-bagai sebab penyembunyian. Mereka adalah terdiri dari orang-orang yang selalu di lihat orang ramai di berbagai-bagai masa dan tempat, mengambil sikap mendiamkan diri dari kebenaran yang disedari mereka dan menyembunyikan keterangan-keterangan yang mengakui kebenaran itu, sedangkan mereka sendiri yakin terhadap kebenarannya. Mereka sengaja menjauhi ayat-ayat yang termaktub di dalam kitab Allah dan tidak menzahirkannya pada umum, malah mendiamkan diri dan menyembunyikannya untuk menafikan hakikat yang di terangkan oleh ayat-ayat itu supaya terlindung jauh dari pendengaran dan kesedaran orang ramai demi untuk mencapai sesuatu tujuan dari tujuan-tujuan keduniaan. Kita dapat menyaksikan pendirian ini di dalam berbagai-bagai peristiwa dan keadaan mengenai berbagai-bagai hakikat agama ini."
                 
                                                                                                                   (al-Baqarah ayat 159)

Bagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda Harapan iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad : "Ketika sesetengah pemimpin kerajaan menyambut baik kedatangan 'gig economy', hakikatnya mereka yang bekerja dalam sektor ini berhadapan cabaran-cabaran besar termasuk kekurangan pengetahuan perundangan dan perlindungan dari pelanggan. Tidak banyak yang dilakukan untuk melindungi mereka. Ekonomi yang ideal sepatutunya melindungi dan memberikan peluang kepada semua pekerja-pekerja - sama ada yang bergaji atau tidak-secara saksama. Ini tidak boleh berlaku dengan pentadbiran Najib Razak. Pemuda Harapan menwarkan ekonomi yang lebih anjal dan adil,termasuk mencipta 1 juta pekerjaan berkualiti, peningkatan gaji dan lonjakan industri kreatif negara. Kami yakin pendekatan kami adalah yang terbaik untuk masa depan yang lebih lestari. Kami berharap semua anak muda Malaysia akan menyokong kamidalam usaha ini."








Tiada ulasan:

Catat Ulasan