Isnin, 3 Februari 2025

MENITI DITAHUN 2025.

Tidak ada keraguan bahawa hari ini, ketika Islam terus maju, kuat dan tegas di dalam Masyarakat bukan sahaja di negara-negara barat malah juga di negara-negara asia timur. Dunia menyaksikan fenomena pentingnya membaca masa depan negara-negara tersebut dalam berhadapan kebangkitan Islam di seluruh dunia yang melibatkan negara Palestin Merdeka.

Di dalam keseluruhan gerakan kebangkitan Islam ini, tidak ada yang lebin menonjol sebagai sembolik aspirasi bagi umat Islam daripada kemitmen untuk menegakkan kembali SYARIAH, kod etika untuk seluruh kehidupan manusia disemua tempat dan ketikanya mereka berada di dénia ini yang teak Kemal selamanya hidup tanpa bimbingan daripada al-Quran dan juga as-Sunnah. Setiap negara di seluruh Dunia akan melihat kebangkitan Islam di negara-negara mereka akan dilihat sedang meningkat ke beberapa peringkat sesuai dengan apa yang telah di nyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Mereka kini akan senantiasa merujuk terhadap apa yang telah disampaikan kepada manusia seluruhnya dari 1400 tahun yang berlalu.

Begitu juga yang telah berlaku pada hari ini, agar kita merenung dan memikirkan bukan tentang orang-orang yang tersest di jalan Islam. Bukan juga tentang mereka yang tersesat di jalan Allah swt. Malah mereka ketika ini dikenali dengan kelompok Islamis, dan mereka golongan ini tidak pernah ada dalam sejarah Islam, mereka betada dalam kelompok Islami (Islamiyyin).

Dalam kita semua melihat dan merenung keadaan mereka yang ternyata merendah-rendahkan dan meremehkan Islam bagi mencapai cita-cita mereka. Golongan islamis ini bertujuan agar dapat melaksanakan kepentingan politik mereka semata. Dahulu mereka menyatakan bahawa Politik itu tidak beragama, yakni politik itu tidak terkait dengan prinsip agama. Benar dan memang benarlah! Politik itu tidak berkait dengan agama. 

Di suatu kisah yang berlainan pula, seorang kenalan orang bandar tapi pakai nama kampung. Konon nama nya Atan, kerana pada masatu kengkawan bagi nama Roy laa...Bob. Nama-nama omputih...nak bagi up skit bile orang tanya nama apa member-member panggil. Umur pon dah masuk Lima Series dah 2 kali kena serangan jantung (heart attack). Dalam badan pon dah ade sten 2 lokasi yang dikehendaki pemasangan nya. Masa tu kalau kena heart attack ni ubat dia ade 10 jenis yang perlu di makan setiap hari sampai mati pulak tu. Doktor bagitau, farmasi kaunter ubat tu cuma makluman ajer laaa... kena buat keje cara farmasi. Kotak-kotak ubat tue ade pelbagai besar kecik bagai.

Sekarang ni dok amal kan minuman kesihatan yang sesuai bagi membantu memperbaiki kesihatan jantung agar kemampuan kita apabila kena serangan jantung, kita berada dalam keadaan sebaiknya. Kisah ajal di tangan Tuhan itu ade ujian lain yang perlu semua manusia hadapi adalah kematian. Setiap insan di dunia ini akan pasti MATI!.

Pertama, minyak zaitun adalah bertujuan sebagai ajen pelincir dalam sistem tubuh manusia (engine). Maka minyak zaitun adalah sebaik-baik minyak pelincir yang diperlukan oleh sistem perut kita. Ia kemudian dicampur dengan habatus saudah dalam bentuk minyak dalam sebotol. Ramuan black seed ini adalah ubat bagi sekelian penyakit kecuali mati, ini adalah janji Rasulullah saw kepada umatnya. Bahawa, Allah swt telah mengwahyukan kepada Nabi Muhammad saw bahawa habatus saudah ini adalah ubat segala penyakit bagi umat Nabi Muhammad saw. Kemudahan kepada umat ini akan penjagaan kesihatan melalui kaedah yang dijanjikan di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah.

Dua bahan utama yang menjadi keperluan bagi kesihatan umat Islam pada hari ini yang mengambil mudah pemakanan ubat-ubatan yang di sediakan oleh pihak hospital. Mana pon hospital swasta dan juga hospital kerajaan. Keperluan memakan ubat-ubatan hospital bukan kesembuhan yang boleh kita semua harapkan dengan ubat sintetik yang direka oleh mereka-mereka. Orang-orang Amrika yang menjadikan ubat-ubat sintetik sebagai perniagaan bersifat universal. Setiap dari hospital-hospital ini memerlukan produk ubat bagi meredakan penyakit-penyakit yang kita semua hadapi.

Maka sewajarnya untuk kembali kepada ajaran Islam, sebagaimana yang telah diwahyukan kepada nabi Muhammad saw kepada manusia seluruhnya. Bahan minyak zaitun yang mengandungi khasiat semula jadi serta bahan kandungan dari rempah habbatussaudah itu mampu menyembuhkan dan membantu penjagaan kesihatan manusia seluruhnya. Setelah lebih 3 tahun lepasa keadaan tersebut di timpa keatas kenalan ni nama Atan, kini tidak perlu memakan ubat-ubat hospital. Sentiasa tawakkal kepada Allah swt dengan memakan minyak zaitun campuran minyak habbatussaudah mungkin akan mengeluarkan nama beliau selepas 5 tahun menjalani rawatan tersebut sebagai pesakit jantung.

Inshaa Allah.... semoga kita mampu untuk istiqamah dalam penjagaan kesihatan tubuh badan yang sedang sihat ini. Jangan kita rosakkan tubuh kita ini dengan jenama yang pelbagai, berbagai bentuk sintetik dan saintifik yang di jadikan sebagai ramuan pembunuh para pesakit tegar ini agar lebih cepat proses kematian tersebut dapat direkodkan. Beberapa ramai yang telah menjelang umurnya kini lebih 80 tahun. Namun tiada sebarang ubat-ubat penyakit 3 serangkai yang perlu ditelan setiap hari. mereka ini ada yang kesihatan tidak memerlukan sebarang bentuk ubat-ubatan hospital bagi merawat penyakit yang berbagai-bagai.

Jika kita sudah pasti kesan kepada memakan ubat-ubatan hospital mereka akan pasti mengalami kerosakan buah pinggang kesan dari pemakanan ubat rawatan penyakit jantung oleh pihak hospital. Kesan samping ubat-ubat ini akan merosakan agen tubuh badan manusia untuk terus hidup sihat. Tanpa pergantungan kepada ubat-ubat ini akan mengelakkan kita dari menerima satu lagi jenis penyakit baru bagi tubuh badan kita. Berterusan memakan unat-ubat itu tadi akan menambah pula lain-lain penyakit yang berangkai, kemudian penyakit dalam perut, dalam usus bagai dan bermacam-macam lagi.

Mengamalkan apa-apa ajaran Islam daripada Nabi Muhammad saw melalui al-Quran dan as-Sunnah adalah sebaik-baik panduan utntuk kita tidak terkeluar dari golongan yang mendapat syurga di akhirat kelak. Islam di zaman teknologi ini boleh ditunggang langgangkan bagi mengelirukan masyarakat bukan sahaja kepada mereka yang bukan Muslim malah yang Muslim juga hampir banyak yang telah terpesong. Menunggang langgangkan agama ini amat cenderung kepada mereka yang meletakkan pengikut mamat sorang ni jer yang betul. Pendapat dia jerlah yang paling hampir dengan kehendak Islam. Begitu juga ia akan mengikut kehendak kepala bapak-bapak mereka yang berserban dan berjubah bagai. Kerana pakaian mereka lebih dekat dengan para nabi-nabi, konon mereka lebih faham ajaran Islam berbanding orang lain faham. Islam bukan hak mutlak kumpulan kamu yang guna nama Islam, tersergam indah bagai ade lampu neon pada malam hari. Hakikatnya Islam ditunggang langgangkan sesuka hati mereka, memfitnah secara terbuka, atas alasan kebebasab bersuara. Kecam orang lain macam lebih buruk pada sangkaan mereka tanpa segan silu terhadap undang-undang negara  yang mereka sendiri bahaskan di dewan rakyat. 

Hadaplah kamu di hari-hari mendatang ini. Meneruskan hidup dalam landasan Islam yang sebenar serta terus istiqamah dengan amalan sedikit. Memberikan bakti kepada masyarakat dan umat manusia seluruhnya. Inshaa Allah.





Rabu, 27 Disember 2023

AMANAH KITA KEPADA KEHIDUPAN INI

Bekerja pun amanah jugak. Tapi amanahkah kita dalam kerja kita seharian ? Sebab sebahagian besar dari hidup kita, kita buat untuk manusia. Kita bekerja untuk manusia. Walhal dalam setiap apa yang kita buat sepatutnya kerana Allah swt. Sebab hari-hari kita sebut “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya".

Tetapi hakikatnya kita tidak faham apa yang kita sebut dan tidak faham apa yang kita baca. Sedangkan 5 kali sehari kita membaca doa iftitah dalam setiap solat. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah kerana Allah SWT. Setiap kerja atau urusan yang kita lakukan itu adalah ibadah walaupun urusan kita adalah untuk mencari rezeki dengan bekerja, berniaga mencari rezeki untuk menyara keluarga malah menjadi pemimpin masyarakat dalam pelbagai jawatan yang kita sandang sebagainya. Maka semua tu hendaklah diniatkan kerana Allah, maka inshaaa Allah segala perkara yang kita lakukan akan menjadi ibadah.

Tapi keadaan sekarang adalah sebaliknya. Semua urusan dan kerja itu kerana majikan, kerana pegawai atasan kerana mereka itu dan mereka ini. Malah apabila ditegur, buatlah segala kerja dan urusan itu kerana Allah, pastinya mereka semua akan orang marah. "Ala..macam la die tu baik sangat..." namun itulah hakikat kita ni, orang tegur kita tidak terima. yang kita tau asyik merungut.. asyik cakap belakang....

Emmm kalau kita bekerja kerana Allah kita tak akan merungut walaupun kita ditikam dari belakang. Takkan ada bunyi-bunyi dari belakang... 

" Banyak kerja aku buat penat-penat, tapi orang lain bos nampak". 

" Kalau bukan aku yang siapkan, mereka semua akan rehat, tetapi mereka tak beritahu bos semua benda ni aku buat".

" Baru kerja dua tahun, dah dapat naik gaji, aku ni dah lama kerja, dah macam-macam aku buat, jadi floor manager la, jadi floor laminate la...macam-macam...tapi tak dapat apapun dari mereka .. pasni malas dh aku nk involve ngn aktiviti papepun,... ".

Hari-hari itu yg kita rungutkan. Padahal kalau kita buat kerana Allah, kita tak kesah pun bos tak puji kita, kita tak kesah pun kalau tak dapat kenaikan gaji. Sebabnya naik gaji ataupun tidak semua itu adalah dari Allah swt. Rezeki semua adalah dari Allah swt Yang Maha Kaya. Mungkin ada sebab lain kenapa kita dapat dan orang tidak dapat. Mungkin kita ni banyak buat dosa maksiat.. atau melawan suami ke...atau kurang bersedekah... fikir dan renungkan...

"Sesunguhnya Kami telah menawarkan amanah Kami kepada langit dan bumi dan gunung-ganang (tetapi) mereka semua enggan memikulnya dan takut kepadanya dan hanya manusia yang sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat jahil." Surah Al-Ahzab ayat 72.

Amanah adalah suatu perkara besar yang telah dikurniakan Allah kepada manusia untuk memikulnya selama mereka hidup dan berada dimuka bumi ini. Ia adalah melibatkan amanah yang sekecil-kecilnya sehingga melibatkan perkara-perkara yang amat besar.

Perkara-perkara kecil melibatkan amanah terhadap diri sendiri, menjaga kesihatan, melaksanakan ibadah fardu dan sunat, memberi nafkah kepada ahli keluarga agar  kita bagi meneruskan kehidupan. Maka perkara-perkara besar adalah melibatkan para pemimpin sesebuah kampung, ahli politik malah para pemimpin kerajaan dalam negara sebagainya.

Sudahkah kita menjalankan amanah Allah swt telah anugerahkan kepada kita. Selalu kita gagal menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah swt, maka semua pastinya beranggapn amanah itu anak, tolong simpan harta orang, bekerja mencari nafkah. Walhal hari-hari dalam kehidupan, pastinya kita berdepan dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Antara sedar dan tidak sedar sahaja.

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

Berdasarkan hadis itu, mereka dimuliakan Allah swt ialah manusia sentiasa berbuat kebaikan yang memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya. Semakin banyak kemanfaatan yang boleh kita berikan kepada mereka, bermakna semakin baik pula kedudukan kita di sisi Allah swt mahupun di sisi manusia. Apatah lagi, kita hidup di dunia ini hanyalah sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Justeru itu, cuba lihat diri kita ketika ini adalah kita banyak memberi manfaat kepada orang lain atau sebaliknya? Adakah tindakan yang dibuat anda sesuatu yg mendatangkan kebaikan bukan saja kepada diri malah orang lain? Manfaat ini juga bukan saja terhad kepada pemberian fizikal seperti wang atau barangan tapi boleh juga dengan pertolongan tenaga, masa, perkongsian ilmu dan lain-lain.

Oleh itu, amanah yang ada pada seorang individu adalah bukan hanya melibatkan segolongan kecil manfaat yang dapat disumbangkan malah kepada umat seluruhnya. Tidak wajar kita menyempitkan pengertian amanah itu hanya tertumpu kepada mereka yang berhak malah kita yang memikul amanah ini wajar melihat keperluan itu adalah kepada umat seluruhnya. Apabila kita menyedari bahawa amanah itu melingkupi melengkapi, membantu serta memberi manfaat kepada umat, maka kita wajar mempertingkatkan usaha dan amal kita agar menjadikan kita kuat dan yakin akan melaksanakan amanah ini.

Khamis, 8 Jun 2023

PAS ABAI LEGASI ALMARHUM TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

ULASAN | PAS abai legasi Nik Aziz

Hasmi Hashim

Diterbitkan:  Jun 9, 2023 9:20 AM

Pada hari keputeraan Yang Di-Pertuan Agong tempoh hari, allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan pingat Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri. Bintang berkenaan dikurniakan hanya enam bulan selepas Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Apakan daya, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat melihat dengan mata kepalanya, Anwar mengangkat sumpah sebagai PM ke-10. Beliau meninggal dunia pada 12 Februari, lapan tahun lalu.

Sejak tercetusnya gerakan Reformasi 1998, sokongan dan doa allahyarham kepada Anwar tidak putus-putus. Beliau dengan mudah boleh membezakan antara PM Mahathir Mohamad yang mengapalai negara selama 22 tahun, dengan Anwar. Bezanya ibarat kaca dengan permata; umpama batu dengan intan.

Sepanjang hayatnya, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah teragak-agak untuk mengkritik atau merasa sedikit pun gementar dalam berhadapan dengan Mahathir. Sedangkan kuasa, pengaruh dan dana yang dikawal oleh Mahathir jauh lebih besar ketimbang kerajaan Kelantan yang miskin.

Sesiapa pun yang menyemak sejarah hubungan Mahathir dengan Kelantan pasti dapat melihat dengan jelas kisah Mahathir menganiayai negeri berkenaan. Kelantan dianaktirikan oleh Mahathir dengan tiada sebab lain, melainkan politik dendam serta rasa geram Mahathir terhadap almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika itu keutamaan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar bukanlah membeli kereta jenama mewah buat dirinya—memang jauh sekali dengan ciri-ciri pentadbiran PAS di Kelantan sekarang ini. almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah mendapat sesen pun wang bantuan apatah lagi honorarium petroleum daripada Mahathir.

Dalam keadaan serba ditekan, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat cekal bertahan. Sehingga ke hujung nafasnya.

Legasi yang ditinggalkan oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat itu nampaknya tidak hormati oleh PAS sendiri. Dalam keadaan tertentu, nama allahyarham juga tidak dikenal serta seakan mahu dipadam—jauh sekali untuk memberikan penghormatan negara kepadanya.

PAS bukannya tidak pernah berada di dalam kerajaan persekutuan. Sekurang-kurangnya dua kali kesempatan PAS bersama kerajaan di Putrajaya iaitu di bawah PM Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri. Sepanjang tempoh itu juga, PAS langsung tidak pernah dan tidak berniat menganugerahkan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sebarang penghormataan kenegaraan.

Yang tergila-gila ingin menaik-taraf bintang di dada adalah Abdul Hadi Awang. Daripada sebelumnya bergelar Datuk Seri, sekarang sudah mempunyai pingat yang sama bergelar Tan Sri. Hebatnya presiden PAS itu, tidak terperi.

Tidak ramai ahli-ahli politik yang masih hidup menyandang gelaran berkenaan. Ada beberapa orang sahaja seperti Annuar Musa, Noh Omar, Muhyiddin dan Abdul Hadi sendiri. Mungkin dengan gelaran Tan Sri, barulah Abdul Hadi setaraf Muhyiddin yang juga seorang presiden parti. Maklumlah semua Tan Sri-Tan Sri itu kini sudah berada di dalam parti dan gabungan politik yang sama.

Senyap-senyap, secara psikologi kita boleh mengesan wujudnya politik cemburu di dalam diri Abdul Hadi. Kecemburuan itu bukan sahaja menghala di lawan politiknya seperti Anwar, tetapi juga ke arah pimpinan terdahulu daripada partinya sendiri, termasuklah kepada allahyarham almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Oleh kerana mereka separti, maka sukar atau tiada modal untuk Abdul Hadi terang-terangan menentang almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di hujung hayatnya, pergeseran almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Abdul Hadi juga bukan rahsia. Abdul Hadi selalu mengambil sikap yang bertentangan dengan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, terutama dalam menjaga hubungan dengan Anwar dan parti-parti pembangkang yang lain—termasuklah PKR dan DAP.

Setelah almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada, Abdul Hadi dengan begitu mudah dapat mengheret PAS untuk bekerjasama dengan Mahathir. Bahkan dengan bangga, Abdul Hadi datang bertongkat ke rumah Mahathir untuk semata-mata menandatangani sekeping proklamasi yang muncul dari bawah buluh betong.

Saya katanya proklmasi itu “muncul dari bawah buluh betong” kerana tak ada hujan tak ada ribut, alih-alih Mahathir secara seorang diri menuliskan sekeping proklamasi yang kononnya mewakili orang Melayu.

Sesebuah proklmasi yang ingin mengatasnamai orang Melayu, lazimnya terhasilkan daripada perhimpunan, kongres dan konvensyen yang menghimpunkan parti-parti politik atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu seluruh negara. Dari sanalah baru boleh dikatakan sebuah proklamasi terhasil.

Ini tidak! Mahathir sendiri yang menulisnya, mungkin di meja makan rumah, sambil minum-minum seorang diri, dan dalam lima ke 10 minit kemudian, dia menamakan karangannya sendiri sebagai “proklamasi orang Melayu”. Lebih menambah gila, Abdul Hadi yang mewakili PAS yang berpimpin untuk menandatanganinya.

Elok proklamasi berkenaan dinamakan sebagai “Proklamasi Meja Makan Mahathir” sahaja. Ia tidak ada kena mengena dengan orang Melayu! Langsung tak ada!

Ini bukan pertama kali Abdul Hadi ingin berpasangan dengan Mahathir. Sebelum pengkhianatan Langkah Sheraton, beliau juga bersama menyokong Kongres Maruah Melayu pada 2019 yang entah apa hasilnya—melainkan ini menjadi permulaan untuk menyekat Anwar daripada diangkat sebagai PM.

Mungkin Abdul Hadi percaya, hanya Mahathir yang boleh menyekat Anwar sebelum Anwar menjadi PM, atau; hanya Mahathir juga yang boleh menjatuhkan Anwar apabila Anwar sudah menjadi PM. Lantas alasan agama dan bangsa pun digunakan. Macam selalu, macam sejak dulu-dulu.

Kerjasama Abdul Hadi-Mahathir sebenarnya tidak ada kena mengena dengan kepentingan agama dan bangsa. Penyatu keduanya memang jelas berasaskan politik benci dan dendam terhadap Anwar. Semudah dan sedangkal itu sahaja. Titik.

Demi Mahathir, malah Abdul Hadi juga sanggup mengenepikan sensitiviti anggota dan pengikut PAS yang sangat terkesan dengan perbuatan yang tidak berhati perut Mahathir sekian lama. Antara yang paling diingati ialah peristiwa berdarah Memali pada 1985 yang mengorbankan 14 jiwa.

Turut terkorban ialah pemimpin dan pendukung PAS seperti ustaz Ibrahim Libya. Kesemua mereka kemudian difatwakan sebagai syahid oleh PAS dan Abdul Hadi sendiri. Sekarang, apakah para syuhada yang terkorban itu bertukar menjadi hanya “mati katak” sepertimana yang berkali-kali diungkapkan oleh Mahathir?

Tidakkah Abdul Hadi sendiri membayangkan, kalaulah beliau yang ikut terkorban… bagaimanakah perasaan isteri, anak-anak dan cucu-cicitnya apabila hari ini ada pemimpin PAS yang lain bersama dengan Mahathir?

Kalau Abdul Hadi sering menuduh PH mengamalkan “politik pragmatik”—dan ia konon bertentangan dengan Islam—nampaknya politik PAS kini jauh lebih pragmatik dan melampaui semua ajaran apa-apa agama sekalipun.

Mahathir justeru tidak pernah berubah. Yang berubah adalah PAS. PAS yang dahulu bergerak atas fikrah almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kini bergerak di atas landasan ideologi Mahathirisme pula—matlamat menghalalkan cara.

Legasi almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas diabaikan oleh PAS sendiri. Dengan mengurniakan darjah kebesaran pada Hari Keputeraaan Yang di-Pertuan Agong, legasi dan fikrah allahyarham almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekarang sedang dihidupkan semula di dalam Kerajaan Perpaduan, pimpinan Anwar.

Sementara bersahabat dengan Mahathir, Abdul Hadi merasakan dia sedang membawa PAS melawan ‘musuh Islam’ iaitu PH secara habis-habisan. Akan tetapi, Abdul Hadi mungkin salah congak, PAS zamannya sekarang masih bertarung dengan PAS era almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. PAS Abdul Hadi kini sedang menentang seluruh sejarah yang ditinggalkan para pemimpin ulung PAS di masa lalu.

Di samping itu Mahathir tidak peduli. Dia boleh terus ketawa melihat Abdul Hadi yang puluhan tahun dapat ditindas, kini diperguna pula—seorang presiden parti agama yang kelak bakal dikenang kerana kalah dengan ‘sesuatu’ yang membuak-buak di dalam diri sendiri.

Al-Fatihah kita sedekahkan kepada almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pejuang sejati.

Jumaat, 2 September 2022

PERANAN KITA TERHADAP NEGARA DAN AGAMA ITU BAGAIMANA

Terdapat pelbagai cara dan mekanisma bagi melaksanakan kebaikan kepada semua dalam erti kata melakukan amal maaruf dan menjauhkan perkara-perkara mungkar. Perkara ini amat penting untuk kita lakukan agar segala upaya kita hidup di dunia ini akan mendapat kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Seseorang itu mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada setiap hari. Namun, ia tidak terhad kepada usaha kebaikan kepada kelompok kecil yakni keluarga dan di tempat kerja. Banyak yang perlu dilakukan agar kehidupan mereka bahagia dan kehidupan kita juga akan tetap bahagia. Sewajarnya kita taddabur surah al-Imran ayat 104 yang bermaksud:

  " Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung"

Kita wajar menjadikan diri kita sebahagian dari golongan yang berjaya terdidik dengan ajaran Islam sebagaimana yang telah di jadikan contoh teladan kepada manusia oleh para sahabat Nabi Muhammad saw pada awal Islam. Kita wajib belajar dari pelbagai aspek kehidupan yang telah dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad saw terhadap para sahabat Baginda saw. Begitu juga hakikat kehidupan kita pada waktu ini yang menghadapi pelbagai dugaan dan juga cabaran dari pelbagai aspek kehidupan, sama ada ekonomi, sosial dan juga rohani bagi setiap individu yang bernyawa. Jika kita melihat kepada golongan-golongan muda dan remaja itu sendiri, adakah kita leka atau kita berusaha untuk maju dan berjaya. Anak muda itu sememangnya dikenali dengan kegilaan mereka memburu perubahan. mereka tidak senang membatu di tahap sedia ada, sebaliknya sentiasa bergelora meneroka medan baru mencari kemajuan dan perubahan. Mereka suka dicabar dan tetap ghairah untuk mencabar tradisi lama. Budaya lapuk yang dibungkus dengan mitos usang mahu dileburkan. Semangat YAKIN BOLEH! membara di dada, namun pegangan agama bersendikan budaya Timur jangan dileraikan.

Orang muda adalah modal insan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat yang bernegara, mereka ini akan menggantikan mereka-mereka yang telah lama dalam pengurusan atasan dari pelbagai peringkat. Kesinambungan antara golongan muda ini wajar di garap serta dibantu agar tidak gelincir di separuh jalan menuju kejayaan. Sumbangan mereka-mereka yang berpengalaman akan banyak memberi aspirasi serta semangat untuk lebih mencipta kejayaan dan kemajuan bangsa di masa akan datang. Kerja jalin antara muda dan tua sering diceritakan dalam sejarah dulu, kini dan selamanya.

Sebagai seorang Mukmin, kita akan senantiasa di pandu arah tujuan hidup kita berlandaskan al-Quran dan juga as-Sunnah Nabi Muhammad saw sabagai cara untuk kita mendapat keredhaan hidup kita di dunia dan juga akhirat. Iman adalah bentuk hubungan manusia dengan Tuhannya, Allah Azzawa Jalla. Kita mengetahui bahawa hubungan persaudaraan antara sesama manusia tidak akan erat, kukuh dan kuat sekali kecuali telah mengalami pelbagai ujian yang lama dan di timpa oleh berbagai kejadian dan peristiwa yang banyak berlaku selama hayat kita.

  "Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan saja mengatakan:"Kami telah beriman, lalu mereka tidak akan diuji? Kami telah menguji manusia-manusia sebelum mereka, dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" 

                                                 Q.S. al-Ankabut : 2-3)

Sesungguhnya setiap dari kita pasti akan menghadapi pelbagai dugaan hidup, ia meliputi pelbagai aspek kehidupan setiap manusia. Namun ia tidak terhad kepada ujian kesusahan semata-mata, terdapat juga ujian kesenangan dan kemewahan, kedudukan pangkat dan jawatan sebagainya. Maka jika kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka kita mendapati bahawa itu semua adalah kerana Allah swt amat mengetahui akan sifat dan sikap setiap dari hamba-hamba-Nya. Jika kita redha dan senantiasa berada pada landasan kebenaran dan inayah dari Allah swt, maka kita wajar berkongsi dengan pelbagai lapisan masyarakat yang mampu kita berikan hasil kebaikan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada umat manusia yang lainnya.

Setiap dari kita yang menjadi keutamaan sebagai Muslim mesti berilmu dan beriman. 2 perkara ini wajib kita semai setiap hari dalam hidup kita sehari-hari. Sama ada usaha-usaha meperolehi ilmu itu secara khusus mahupun secara umum, disamping iman itu harus berjalan seiring dengan amal ibadah wajib yang perlu kita laksanakan setiap hari. Ilmu yang diperolehi tadi seharusnya berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah, sebagai pembimbing dan panduan agar kita semua senantiasa berada pada landasan yang betul. Seringkali pertikaian melibatkan perbezaan di dalam melaksanakan sesuatu perkara berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah di mana masing-masing berhujah dengan pelbagai alasan mencari perbezaan dan kelemahan. Perkara ini akan membantutkan usaha-usaha melaksanakan kebaikan dan ia akan menjadikan kita hilang tumpuan dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat.

"Barangsiapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperolehi orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperolehi orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun

                    (Hadith riwayat Muslim: 4831)

Perkara-perkara kebaikanlah yang dinilai oleh Allah swt sebagai pahala untuk menjadi bekal kita semua diakhirat kelak. Sudah pasti setiap dari kita akan menerima perkara-perkara kebaikan yang kita usahakan agar setiap dari masyarakat akan senantiasa melakukan sebanyak mungkin kebaikan demi kebaikan. Namun manusia itu mempunyai sifat tamak haloba dan berdengki sesama mereka, yang kaya masih tidak cukup kekayaan yang dikurniakan oleh Allah swt. Mereka berbanding-banding kekayaan sesama mereka dan berdengki untuk menjadi lebih kaya tanpa mereka sedar bahawa semua itu adalah ujian oleh Allah swt kepada mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka ini akan saling memusnahkan sesama mereka dan ini yang akan merosakkan segala amal baik yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Hakikat kehidupan di dunia ini adalah jambatan bagi menuju negara abadi diakhirat kelak, dan sewajarnya kita semua mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada kita. Jika kesederhanaan dan sering bersyukur keatas semua nikmat-nikmat kurniaan Allah swt, maka sudah pasti kebaikan demi kebaikan akan melimpah-ruah. Usah dibandingkan jawatan dan kekayaan orang lain itu untuk kita menjadi tamak dan berdengki akan menambahkan lagi dosa-dosa yang tidak terpikul diakhirat kelak. Jika tidak kamu dihukum didunia ini, pastinya hukuman yang Maha Adil bakal menemui kamu di akhirat bahkan di neraka Allah swt nanti.


Sabtu, 3 Oktober 2020

KEROSAKAN TANGAN-TANGAN FASIK KEPADA RAKYAT.

Manusia itu mempunyai satu elemen hati untuk tamak, emosi untuk marah dan kecenderungan melakukan kesilapan demi kesilapan. Setiap dari kita akan mampu untuk memilih antara jalan-jalan kebajikan dan juga jalan kerosakan. Manusia itu di ciptakan mampu untuk membuat pilihan terhadap dirinya sendiri dengan menggunakan akal yang waras serta hati yang bersih. Kita semua bukan malaikat untuk senantiasa melaksanakan segala perintah dari Allah SWT, namun di sana akan ada manusia yang memilih jalan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad saw. 

Baginda Nabi saw telah melalui jalan-jalan dakwah yang amat sukar dan payah, akan tetapi disana ada  para sahabat r.a. yang senantiasa mendapat petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih daripada rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar."

(QS. Ali 'Imran, ayat 179

Ujian demi ujian yang telah di terima oleh Baginda Nabi saw dalam menempuhi pelbagai dugaan golongan penentang Islam sewaktu Baginda menyampaikan risalah kebenaran melalui wahyu dari Allah SWT. Maka ketika ini kami rakyat Malaysia telah di uji, bahkan seluruh dunia secara amnya menghadapi ancaman Wabak COVID-19. Manusia seluruhnya perlu patuh terhadap usaha-usaha pencegahan melalui SOP bagi menghentikan penyebaran virus ini. Di kalangan rakyat senantiasa berada dalam waspada serta memastikan tiada penyebaran serta jangkitan terhadap wabak COVID-19 ini, kita semua akan di denda dan mungkin di penjara kerana telah melanggar perintah dan undang-undang para pemerintah (ahli politik).

Apabila undang-undang hendak dilaksanakan terhadap para pemimpin negara oleh kerajaan akan ada sekatan serta halangan terhadap individu-individu yang bersalah. Mereka mengatakan "Aku ada perbezaan dengan kamu kerana aku adalah pemimpin bagi kamu." Oleh yang demikian mereka ini tidak akan BERSALAH sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Siapa yang rajin untuk mendakwa ahli politik dengan membuat laporan polis untuk membuat dakwaan terhadap mereka ini. Kita semua tidak perlu kacau hidup mereka dan mereka juga perlu berbuat perkara yang sama kepada kita. Usah kerana jawatan serta ganjaran gaji lumayan yang mereka rebutkan, tetapi mereka tidak sedar bahawa itu semua adalah ujian kepada mereka mahupun ia adalah azab untuk mereka juga.

Dalam waktu yang sama juga kedudukan kerajaan melalui pemimpin politik telah melakukan pelbagai kerosakan demi memenuhi kehendak ketamakkan hati mereka untuk terus berkuasa sambil menjadi kaya raya di pandangan masyarakat. Berkereta kesana sini menyibukkan diri dengan program rasmi serta program parti-parti politik yang mereka terlibat. 

Apakah kamu telah di uji? Kemudian aku dan kamu menghadapinya dengan sabar dan solat. Namun disana ada perkara-perkara yang bakal terjadi serta yang telah terjadi, kami menerima dugaan serta ujian tersebut dengan redha. Inshaa Allah.

Kepada siapa kita perlu memohon pertolongan oleh sebab tangan-tangan mereka yang dengki dan sakit hati. Ujian itu hadir dalam pelbagai keadaan dan tidak menentu masa, hanya kepada Allah swt kita perlu mengharapkan pertolongan. 

Allah swt yang telah menentukan sesuatu itu akan berlaku dan Allah swt juga berhak memberikan kebaikan dan malah keburukan terhadap semua ujian  itu semua kepada kami sebagai antara makhluk-makhluk-Nya.

Bersikap Adil Dalam Penguatkuasaan Undang-undang.

Dalam urusan penguatkuasaan undang-undang, Rasulullah saw amat menekankan tentang sikap adil. Pernah terjadi di zaman Rasulullah saw, seorang wanita daripada Bani Makhzum telah  melakukan kesalahan mencuri. Namun, Bani Makhzum adalah antara kabilah yang mempunyai kedudukan dan pengaruh di sisi Qurasyh. 

Tiada siapa yang berani untuk memaklumkan perkara ini kepada Rasulullah saw kerana menjaga kedudukan kumpulan manusia yang mempunyai kedudukan ini. Quraysh mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka menggunakan pendekatan memujuk dan berdiplomasi dengan Baginda Nabi saw agar melepaskan pihak yang melakukan kesalahan ini. 

Reaksi Rasulullah saw sangat teguh. Rasulullah saw marah dengan sikap tidak adil sebegini lantas menegaskan: “Apakah kamu meminta syafaat (supaya dilindungi mereka yang melakukan kesalahan) berkenaan hukuman hudud ini? Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana apabila yang mencuri itu orang berpengaruh, kamu bebaskan. Dan apabila yang mencuri itu orang yang lemah (orang biasa) maka kamu kenakan hukuman hudud terhadap mereka.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Perhatikan ketegasan sikap Baginda Nabi saw. Dari aspek penguatkuasaan Rasulullah saw tidak pernah bersikap pilih kasih. Baginda Nabi saw meneruskan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman ke atas mereka yang melakukan kesalahan tidak kira samada yang melakukan kesalahan tersebut orang yang mempunyai pangkat atau kedudukan.

Marilah kita semua bermunjat kepada Allah SWT memohon bantuan dan rahmat dari Allah SWT.

رَبَّنَاۤ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَـنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami."

(QS. Al-Kahf , ayat 10)

#kitamestitenang

Selasa, 12 Mei 2020

Kemanakah Ulama Memimpin Umat

Apakah kaitan ulama dalam pentadbiran kerajaan atau sbg KERA jerkan.

1. Presiden sebuah parti ni adalah ulama.
2. Menteri Agama Islam adalah ulama bahkan Mufti Wilayah Persekutuan.
3. Menteri Besar Terengganu adalah engineer, geng ulama.

Kemana RUU355 untuk undang-undang Syariah di laksanakan di negeri Terengganu Darul Iman. Segala macam usaha telah diusahakan dan dimanfaatkan, kejatuhan kerajaan BN, kemudiannaya PH dan kini di amanahkan kepada PN. Kefahaman melalui kempen-kempen di media boleh dilakukan dengan mudah melalui media elektronik dan juga sosual. Rakyat semuanya telah bercita-cita akan tertegaknya sebuah kerajaan Islam yang mampu menguruskan umat manusia seluruhnya. Mereka tidak perlu bantah-membantah apabila perkara tersebut mempunya nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.

Bidalan menyatakan bagaikan telur dihujung tanduk apabila Islam telah tergugat dan bahkan telah di hina dan sebagainya. Mereka ini buta bahawa Allah swt itu Maha Kuasa dan Maha Bijaksana, akan ada sahaja ujian serta nikmat kepada mereka yang telah diberikan nikmat. Jangan kamu berada pada jalan yang Allah swt berikan azab siksa api neraka kerana menurut hawa nafsu manusia semata. Namun pada pandangan kita sebagai rakyat marhain merasakan kamu berada di hujung hidung, semua telah disediakan kepada kamu untuk mengusulkan kelulusan RUU355 sebagai satu wasilah kepada penerimaan Islam sebagai jalan yang jelas untuk manusia seluruhnya.

Manusia itu ade turun naik iman mereka, istiqamah bukan bermakna kita tunggul. Kemana pon disepak mahupong di belai, ia tetap setia pacak di kedudukan kamu sebagai mereka yang walak pada ketua-ketua kamu, pemimpin-pemimpin kamu. Mereka mendendangkan “nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan”. Oleh itu, wajar kepada kita semua bangkit dari semua tipu daya mereka dan kuarga mereka kerana menyebabkan “TIPAH TERTIPU”. Tuhan kamu adalah Allah swt, maka mohonlah kepada-Nya dengan sebaik-baik permintaan.

Apabila iman di kemuncak bermakna kamu mampu berkata benar kepada pemimpin dan bahkan para ulama pengampu pemimpin KERA jaan. Dengan ujian wabak COVID19, manusia seluruhnya bermohon kepada Tuhan yang Esa, tiada selain Dia yang membantu aku dan kamu.

Maka, iman itu adalah mutiara....
Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau

Sabtu, 18 April 2020

Mental Miskin Berjiwa Pengemis

Satu pengajaran terbaik!

Seorang sahabat lama yang tinggal di Perth, Australia bercerita tentang pengalamannya pertama:

Suatu petang, sesudah menikmati secangkir capucino di Gloria Jeans Café yang capucinonya paling sedap, kami singgah di kedai roti yang sudah hampir mahu tutup. Membeli sebatang roti kismis dan minta kepada si penjaga kedai roti, untuk dipotong, sebab bila sampai nanti di rumah senang dimakan.

Selesai dipotong dan dibungkus rapi, lalu diserahkan kepada saya. Langsung saya mengunjuk wang kertas 10 AUD. Tapi ditolak dengan senyum manis, sambil berkata,
"It's free, nothing to pay.”

"Are you sure?”, kata saya.

Gadis remaja yang bertugas menjual itu, menjelaskan, bahawa kalau kedai sudah hampir mahu ditutup, roti tidak boleh lagi dijual. Boleh diberikan kepada siapa yang mahu atau dihantarkan ke Second Hand Shop untuk orang yang memerlukan.

Agak tercengang juga saya mendengar penjelasannya. Terbayang, kalau di Malaysia, wah boleh saja bankrap, kerana orang ramai bakal menunggu kedai tutup supaya dapat yang percuma.

Belum selesai cerita dengan si gadis, tiba-tiba datang sepasang suami isteri, yang juga mahu membeli roti. Rupanya tanpa saya sedari, mereka sudah mendengar percakapan kami. Kelihatan si suami adalah orang Australia, sementara isterinya orang Asia. Si isteri juga minta roti dari si gadis, tetapi dicegah oleh suaminya, sambil berkata,

"No darling, please. We have enough money to buy. Why do we have to pick up a free one?"

Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma. Let other people who need it more than us to take it.

Wahhhh... Saya rasa tersindir dan wajah saya panas… Ego saya melonjak ke muka, benar-benar tersindir dengan perkataannya itu. Dalam hati saya tergamam, ”Hmm... Saya ini dulu berniaga juga tau?”

Tapi, syukur cepat sedar diri, tidak sampai terucapkan. Kerana orang yang bercakap itu si suami kepada isterinya, masakan saya tiba-tiba menyampuk di tengah-tengah?

Hampir saja saya berbuat kesalahan. Kerana mereka tidak pun bercakap dengan saya… Kalau saya merasa tersindir, itu salah saya sendiri.

Hingga menjelang tidur, kata-kata si suami kepada isterinya masih terngiang-ngiang di telinga,

"We have enough money to buy... Why do we have to pick up a free one." Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma.

Setelah saya renungkan, saya merasakan bahawa kata-kata itu benar. Kalau semua orang yang punya duit, ikut sama dan dapatkan roti percuma, yang biasanya dihantarkan ke Second Hand Shop untuk dibahagi secara percuma, bermakna orang yang sungguh-sungguh memerlukan bakal tidak dapat bahagian roti percuma.

Walau pun saya sesungguhnya mahu membayar, namun si gadis yang tidak mahu menerima wang saya. Pelajaran hidup ini tidak mungkin akan saya lupakan.

*Kalau kita mampu beli. Jangan ambil yang percuma. Biarlah orang lain yang lebih memerlukan mendapatkannya.*

Satu sikap prihatin terhadap orang lain diterapkan dengan kesungguhan hati.

Kini saya baru tahu, kenapa di kelab ada kopi percuma, tetapi jarang ada yang ambil, mereka lebih suka membeli. Bukan kerana segan, tetapi terlebih kerana rasa peduli mereka pada orang lain, yang mungkin lebih memerlukan.

Pelajaran yang sungguh-sungguh memberikan inspirasi bagi diri saya sendiri.

Tuhan sudah memberikan rezeki dan keberkatan yang cukup untuk kita, tidak perlu lagi kita mengambil bahagian berkat yang diperuntukkan bagi orang lain. Ketika kita mendengar ada program untuk membantu orang miskin, apa yang ada dalam benak kita?

Apakah kita akan ikut serta agar mendapat bahagian? Ataukah kita memaklumkan agar sahabat dan saudara kita dapat bahagian juga?

Atau kita ikut jadi pahlawan dengan mengajukan diri sebagai pendamping program, tetapi dalam fikiran kita tersimpan niat busuk untuk memperkayakan diri sendiri?

Sahabat, kemiskinan bukan untuk dieksploitasi. Orang miskin dan kemiskinan adalah ladang amal. Keberadaan orang miskin adalah cara Tuhan untuk menguji sejauh mana pemedulian dan keimanan kita. Jangan mengaku beriman jika tetangga kanan kiri masih ada yang kelaparan.

Sudah sampai saatnya kita bangkit dan sedar, tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Menjaga harga diri lebih baik daripada menjatuhkan kehormatan hanya demi sesuap nasi.

"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?"

"Biasakanlah memberi makan orang miskin."_
(QS: 107 Al-Ma'un: 3)

Semoga bermanfaat hendaknya...
👌🏼👌🏼👌🏼✅✅✅🤲🏼🤲🏼🤲🏼