Rabu, 27 Disember 2023

AMANAH KITA KEPADA KEHIDUPAN INI

Bekerja pun amanah jugak. Tapi amanahkah kita dalam kerja kita seharian ? Sebab sebahagian besar dari hidup kita, kita buat untuk manusia. Kita bekerja untuk manusia. Walhal dalam setiap apa yang kita buat sepatutnya kerana Allah swt. Sebab hari-hari kita sebut “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya".

Tetapi hakikatnya kita tidak faham apa yang kita sebut dan tidak faham apa yang kita baca. Sedangkan 5 kali sehari kita membaca doa iftitah dalam setiap solat. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah kerana Allah SWT. Setiap kerja atau urusan yang kita lakukan itu adalah ibadah walaupun urusan kita adalah untuk mencari rezeki dengan bekerja, berniaga mencari rezeki untuk menyara keluarga malah menjadi pemimpin masyarakat dalam pelbagai jawatan yang kita sandang sebagainya. Maka semua tu hendaklah diniatkan kerana Allah, maka inshaaa Allah segala perkara yang kita lakukan akan menjadi ibadah.

Tapi keadaan sekarang adalah sebaliknya. Semua urusan dan kerja itu kerana majikan, kerana pegawai atasan kerana mereka itu dan mereka ini. Malah apabila ditegur, buatlah segala kerja dan urusan itu kerana Allah, pastinya mereka semua akan orang marah. "Ala..macam la die tu baik sangat..." namun itulah hakikat kita ni, orang tegur kita tidak terima. yang kita tau asyik merungut.. asyik cakap belakang....

Emmm kalau kita bekerja kerana Allah kita tak akan merungut walaupun kita ditikam dari belakang. Takkan ada bunyi-bunyi dari belakang... 

" Banyak kerja aku buat penat-penat, tapi orang lain bos nampak". 

" Kalau bukan aku yang siapkan, mereka semua akan rehat, tetapi mereka tak beritahu bos semua benda ni aku buat".

" Baru kerja dua tahun, dah dapat naik gaji, aku ni dah lama kerja, dah macam-macam aku buat, jadi floor manager la, jadi floor laminate la...macam-macam...tapi tak dapat apapun dari mereka .. pasni malas dh aku nk involve ngn aktiviti papepun,... ".

Hari-hari itu yg kita rungutkan. Padahal kalau kita buat kerana Allah, kita tak kesah pun bos tak puji kita, kita tak kesah pun kalau tak dapat kenaikan gaji. Sebabnya naik gaji ataupun tidak semua itu adalah dari Allah swt. Rezeki semua adalah dari Allah swt Yang Maha Kaya. Mungkin ada sebab lain kenapa kita dapat dan orang tidak dapat. Mungkin kita ni banyak buat dosa maksiat.. atau melawan suami ke...atau kurang bersedekah... fikir dan renungkan...

"Sesunguhnya Kami telah menawarkan amanah Kami kepada langit dan bumi dan gunung-ganang (tetapi) mereka semua enggan memikulnya dan takut kepadanya dan hanya manusia yang sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat jahil." Surah Al-Ahzab ayat 72.

Amanah adalah suatu perkara besar yang telah dikurniakan Allah kepada manusia untuk memikulnya selama mereka hidup dan berada dimuka bumi ini. Ia adalah melibatkan amanah yang sekecil-kecilnya sehingga melibatkan perkara-perkara yang amat besar.

Perkara-perkara kecil melibatkan amanah terhadap diri sendiri, menjaga kesihatan, melaksanakan ibadah fardu dan sunat, memberi nafkah kepada ahli keluarga agar  kita bagi meneruskan kehidupan. Maka perkara-perkara besar adalah melibatkan para pemimpin sesebuah kampung, ahli politik malah para pemimpin kerajaan dalam negara sebagainya.

Sudahkah kita menjalankan amanah Allah swt telah anugerahkan kepada kita. Selalu kita gagal menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah swt, maka semua pastinya beranggapn amanah itu anak, tolong simpan harta orang, bekerja mencari nafkah. Walhal hari-hari dalam kehidupan, pastinya kita berdepan dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Antara sedar dan tidak sedar sahaja.

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

Berdasarkan hadis itu, mereka dimuliakan Allah swt ialah manusia sentiasa berbuat kebaikan yang memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya. Semakin banyak kemanfaatan yang boleh kita berikan kepada mereka, bermakna semakin baik pula kedudukan kita di sisi Allah swt mahupun di sisi manusia. Apatah lagi, kita hidup di dunia ini hanyalah sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Justeru itu, cuba lihat diri kita ketika ini adalah kita banyak memberi manfaat kepada orang lain atau sebaliknya? Adakah tindakan yang dibuat anda sesuatu yg mendatangkan kebaikan bukan saja kepada diri malah orang lain? Manfaat ini juga bukan saja terhad kepada pemberian fizikal seperti wang atau barangan tapi boleh juga dengan pertolongan tenaga, masa, perkongsian ilmu dan lain-lain.

Oleh itu, amanah yang ada pada seorang individu adalah bukan hanya melibatkan segolongan kecil manfaat yang dapat disumbangkan malah kepada umat seluruhnya. Tidak wajar kita menyempitkan pengertian amanah itu hanya tertumpu kepada mereka yang berhak malah kita yang memikul amanah ini wajar melihat keperluan itu adalah kepada umat seluruhnya. Apabila kita menyedari bahawa amanah itu melingkupi melengkapi, membantu serta memberi manfaat kepada umat, maka kita wajar mempertingkatkan usaha dan amal kita agar menjadikan kita kuat dan yakin akan melaksanakan amanah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan