Jumaat, 28 Februari 2020

MAJLIS RAJA-RAJA DAN ISLAM DI MALAYSIA

Inshaa Allah. Amiin...


GANTUNG PARLIMEN!

Mohon agar DYMM YDP Agong menggantung parlimen dan menjalankan pemerintahan menggunakan kuasa Tuanku sebagai ketua negara. Kerajaan akan berjalan dengan pemantauan melalui kuasa angkatan tentera Di Raja, rakyat tidak perlukan ahli politik memerintah kerajaan sebagai Menteri dan ahli parlimen.

Setiap kementerian mempunyai ketua setiausaha kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan YDP Agong. Pihak kementerian akan senantiasa memelihara pentadbiran kerajaan berdasarkan kedaulatan undang-undang dan etika kerja berlandaskan tugas kementerian masing-masing.

Kami sebagai rakyat sudah bosan terhadap para ahli politik yang menggunakan undi rakyat untuk menjadi kaya dan bergaduh sesama sendiri demi kuasa politik semata-mata.

Semoga ini adalah jalan terakhir dan di berikan hidayah serta inayah untuk YDP Agung membuat keputusan agar menggantung parlimen sehingga tempoh penggal parlimen pada akan datang. Pihak kerajaan melalui kuasa Ketua Pengarah serta Ketua Setiausaha kerajaan akan senantiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa perlu merujuk kepada ahli politik dan parti-parti politik yang menyusahkan rakyat dan negara.

Perkara ini boleh dilaksanakan seperti di negara Brunei, walaupun mereka melantik dikalangan keluarga sebagai menteri dan sebagainya. Tuanku boleh sahaja melaksanakan sumpah janji terhadap semua Setiausaha Kementerian dan Ketua Setiausaha Negara sebagai perlaksana dasar-dasar kerajaan yang patuh kepada YDP Agung secara terus tanpa para ahli politik yang banyak bermain politik.

Semoga Allah swt memberikan petunjuk dan inayah untuk DYMM Seri Paduka Baginda dan Majlis Raja-Raja melalui Angkatan Tentera Di Raja Malaysia sebagai pemantau bagi rakyat dan negara.

Amiinnn....

Semoga kita semua di beri taufik dan inayah oleh Allah swt terhadap apa yang berlaku pada negara kita..
Surah al-Imran ayat 26.

“Katakanlah: Ya Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Engkau berikan kekuasaan kepada barang siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari barang siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan barangsiapa yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkau segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu adalah Maha Kuasa.”

Amiinnn...


Rakyat akan berasa aman tanpa pemimpin politik, malah akan senantiasa mendoakan DYMM Di Pertuan Agong pada setiap solat Jumaat.

Kembalikan kekuasaan di laksanakan pemerintahan Sistem Raja-raja Islam, tanpa perlu rakyat patuh terhadap undang-undang Perlembagaan yang mengikat kuasa Duli-duli Tuanku. Kami amat berasa yakin dengan segala taufik dan hidayah oleh Allah Swt terhadap DYMM Agong, tanpa perlu melihat para pemimpin politik bertelagah mengejar kekuasaan yakni nikmat dunia yang telah mereka dustakan.

Sesungguhnya Maha Kuasa, yakni Allah swt Tuhan terhadap segala sesuatu yang berada di langit dan juga di bumi. Wajib kita semua tunduk kepada kuasa pemerintahan negara Malaysia yang kami cintai ini senantiasa aman sejahtera. Semua rakyat hanya harus patuh kepada perintah dari DYMM Agong tanpa pilih bangsa, agama dan keturunan. Kami semua adalah sama di sisi kerajaan kuasa Majlis Raja-raja.

AL-HISBAH DAN MUHTASIB DILAKSANAKAN.

Hisbah adalah subuah kaedah yang bersesuaian dengan Syariat Islam, maka segala perkara yang melibatkan urusan rakyat bernegara dan raja berkuasa akan mengikut segala kandungan al-Quran dan as-Sunnah.

Parlimen bukan untuk persidangan ahli-ahli parlimen untuk menghabiskan duit rakyat. Mereka berebut pangkat yang tinggi kerana akan dapat pencen sebagai pak menteri pula selepas pencen wakil rakyat (#palobapokmung).Tuanku berhak memanggil persidangan ulama-ulama dan para ilmuan Islam di Malaysia di semua peringkat kementerian kerajaan yang sedia ada. Mereka bercakap dengan mempersembahkan kepada Baginda DYMM Agong untuk mendengar bukan sahaja ia datang dari pelbagai mazhab-mazhab yang sempit. Baginda Agong akan dapat ucapan-ucapan para pemimpin dari peringkat ilmuan Islam. Kemudian, Baginda juga boleh memanggil rakyat semua untuk mendengar secara khusus dari semua peringkat masyarakat di Istana Negara, ia di gunakan untuk majlis perjumpaan bersama rakyat, dan “BAIAH” kepada Raja dan Negara Islam.

HISBAH adalah perlaksanaan khusus untuk sistem pemerintahan di negara kami ini yakni Malaysia tercinta. Kami tidak mahu duit-duit rakyat dihabiskan untuk mengadakan PRU bagai. Semata-mata nak pilih pemimpin #kepalobapokmung untuk menjadi wakil rakyat yang kita semua kena tanggung perbelanjaan kehidupan mereka dengan gaji, elaun, pencen, sara hidup, meeting expenses, travelling expenses dan macam-macam ade.

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”

Semoga Allah swt merahmati Malaysia, dan juga kamu sebagai pemimpin kerajaan janganlah lupa akan nikmat-nikmat yang telah kamu perolehi.

Kepada para pengkhianat amanah kami sebagai rakyat, semoga Allah swt memberikan balasan terhadap apa yang telah kamu lakukan terhadap amanah itu.

ISBN: 983-2264-01-4 -MUHTAHSIB AKAN LAKSANAKAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan