Islam adalah suatu sistem kehidupan manusia di muka bumi ini. Undang-undang
Jenayah Syariah (Hudud) adalah sebahagian dari perjalanan sistem Islam, ia
mencakupi pelbagai perkara urusan sosial, ekonomi, kenegaraan dan psikologi.
Perlaksanaan hukuman Hudud ini bukan bertujuan untuk menzalimi manusia dengan
mudah memotong tangan pencuri dan merejam penzina. Undang-undang Syariat ini
adalah wajib kepada setiap yang beriman dan mengaku Muslim. Belum tempoh
perlaksanaan undang-undang ini para pemimpin kerajaan yang bukan pencuri telah
menunjukkan sikap takut, maka apatah lagi kepada mereka yang sebenarnya memang
pencuri.
Siapakah kita ini untuk tidak menerima peraturan kehidupan di dunia ini oleh
Allah swt, Maha Pencipta. Allah swt menciptakan dunia yakni langit dan bumi dan
Allah swt juga yang menjadikan manusia, haiwan tumbuh-tumbuhan di muka bumi.
Maka kita sebagai pemilik terhadap ciptaan atau rekaan, berhak menentukan
peraturan pemakaian barang atau produk tersebut.
Umpama produk kereta myvi, peraturannya adalah mengisi minyak petrol untuk
menghidupkan kenderaan. Tetapi kita mahu meletakkan air, kerana minyak petrol
mahal tetapi air murah. Maka sudah pasti kereta tersebut akan rosak. Begitulah
juga keadaannya dengan hukum dan peraturan yang terkandung di dalam al-Quran,
yakni kanun jenayah Syariah serta menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.
Jangan sekali-kali kita turut terlibat dalam kesyirikan dan kesesatan kerana
akur dan tidak melaksanakan sistem Islam seluruhnya sebagaimana yang telah
disampaikan oleh Baginda Nabi Muhammad saw.
Sungguhpun demikian, rakyat Malaysia
bukan sahaja yang non-Muslim menolak perlaksanaan syariat dalam negara ini. Ia
juga melibatkan bukan sahaja rakyat biasa malah para pemimpin negara yang
beragama Islam turut memberi pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan Syariat
Islam sepenuhnya. Di dalam Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan Islam sebagai Agama
Persekutuan dan bangsa Melayu mempunyai hak untuk melaksanakan segala tuntutan
mereka. Malah agama dan bangsa lain juga turut boleh melaksanakan hak mereka
untuk menjalankan apa-apa keperluan agama dan bangsa mereka. Tetapi kita
sebagai bangsa Melayu dan beragama Islam yang telah dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan tidak dapat melaksanakan sepenuhnya keimanan kita semua terhadap
sistem Islam yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.