ISU HARDROCK CAFE DI PUTRAJAYA DAN MUFTI PERAK.
Bangsa Melayu yang menghancurkan bangsa dan negara sepertimana yang telah berlaku pada sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Para pembesar Melayu telah melacurkan bangsa dengan menjadi talibarut penjajah Portugis dan British demi mempertahankan kuasa. Maka para pembesar tersebut telah bersepakat dengan Portugis untuk menawan Kerajaan Islam Melaka dengan mendedahkan kelemahan pertahanan tentera. Pihak Portugis sebenarnya pernah tewas dalam usaha untuk menawan Kerajaan Islam Melaka, namun pihak pembesar telah merasakan bahawa mereka akan memiliki kuasa jika Portugis berjaya menawan Melaka.
Perkara ini juga telah berulang semasa penjajahan Bristish sebelum merdeka, dimana UMNO (United Malay National Organisation) telah bersekongkol menentang para pejuang menuntut kemerdekaan menghalau penjajahan British. Mereka menjadi lidah pihak British bahawa Melayu akan selamat jika memberikan sokongan kepada UMNO. Maka terdapat segelintir para perajurit yang terdiri daripada askar Melayu terpaksa akur dengan persetujuan UMNO menuntut kemerdekaan dengan cara berunding dengan kerajaan British.
Dan kini peristiwa tersebut berulang, bangsa Melayu yang menjadi syaitan membuka ruang maksiat, membawa manusia ke
neraka dengan membuka cawangan hard rock cafe di Putrajaya. Mereka membiarkan sahaja kemungkaran di wujudkan di tempat tinggal mereka, tanpa memperdulikan hukum Islam yang pastinya mereka ini beragama Islam. Perkara yang secara terang-terangan haram telah di halalkan, apakah Mufti sudah buta walaupun mata mereka ini masih celik. Maka inilah bukti agamawan atau mudah dikenali mereka ini di kalangan Ulama yang faham mengenai ajaran Islam malah mereka lebih pentingkan dunia dan menolak akhirat. Mereka ini adalah di kalangan mereka yang taksub, takjub dan tahyul kepada Parti Pemerintah (Barisan Nosional) yang di tunjangi oleh UMNO sudah tidak kenal
syaitan, dosa dan neraka.
Oleh itu kedengaran daripada mereka ini Pakatan Rakyat adalah gila kuasa, namun hakikatnya ialah untuk mengambil kuasa tersebut dari Umno yang sudah gila. Pelbagai peringkat di dalam UMNO sama ada di peringkat ahli di cawangan-cawangan sehinggalah kepada Ketua di Kementerian tidak dapat memberi nilai kepada perkara yang berlaku dalam negara ini kerana menolak sistem yang di ajarkan oleh Islam. Sama ada Ketua di Kementerian Dalam Negeri, sehingga di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam kepada rakyat yang beragama Islam. Mereka ini kelihatan seperti orang buta dan tuli atau dikhayalkan dengan cerita dongeng tidak ambil peduli terhadap perkara yang melanggar syariat Islam.
Apakah pihak Mufti dan Jabatan Agama Islam tidak jumpa ayat Quran mengharamkan arak dan hadith Nabi
saw mengenai golongan yang terlibat dengan arak ini. Dari mereka yang memetik buah anggur hingga mereka yang menghidangkan arak. Apalagi mereka yang memberi lesen
membuka pusat menjual dan menghidangkannya. Hard Rok Cafe akan membuka cawangannya di Putrajaya, di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ini adalah bahan baru pihak penjajah untuk menghancurkan bangsa Melayu dan Islam. Tidak perlu kita hairan, Melayu yang mencabuli hak istimewa orang Melayu dengan membenarkan pusat penjualan arak ini beroperasi di Putrajaya.
Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan halal darah peserta himpunan TURUN, sebagai bhugah (pemberontak) sehingga perlu ditangkap dan dibunuh. Ia adalah kenyataan berupa hasutan yang berbahaya dan boleh mengundang kekacauan dan ancaman terhadap keselamatan rakyat di Malaysia. Para agamawan sewajarnya memberi takrifan yang benar mengenai Islam kepada masyarakat yang terdiri pelbagai bangsa, agama dan taraf hidup. Islam adalah rahmat untuk sekalian alam yang menjadi petunjuk kepada manusia sebagai khalifah didunia ini.
Maka, jika terdapat para agamawan yang cenderung kepada pemerintah adalah satu contoh ulama penjilat,
membenarkan segala kezaliman demi tembolok dan perut diri sendiri. Para ulama memsepakati bahawa bughah adalah mereka yang meberontak kerajaan Islam yang melaksanakan syariat dengan senjata. Malah pihak kerajaan wajib menghantar wakil mereka bagi mengenalpasti isu dan permasalahan yang ditimbulakan oleh pemberontak tersebut. Namun apa yang berlaku lebih kepada persepsi negatif pihak kerajaan terhadap peserta perhimpunan aman 'TURUN', maka sehingga pihak berkuasa berhak menangkap hatta darah mereka halaluntuk diambil. Penafsiran salah mengenai bughah kepada peserta himpunan TURUN menunjukkan
bahawa benarlah ulama jahat yang mengampu pemerintah yang pernah ditanya para
sahabat kepada Nabi saw.
"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian
ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan
(dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami
kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-
ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa
nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia
menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga
menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami, maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka
berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."
(Surah
al-A'araf: ayat 175-177)
NAUZUBILLAH minta kita dijauhkan dari mereka ini.