Kepimpinan sama ada mereka ini kerajaan atau pembangkang maka bukan sahaja kepada ahli-ahli kamu malah kepada Allah swt di akhirat kelak.
Ini adalah persepsi dan kelakuan para masyarakat awam yg sedang memerhati para pemimpin bukan sahaja mereka sebagai pemimpin parti politik dan juga pemimpin kerajaan. Mereka kononnya berlaku kerjasama atau tidak bekerjasama, dahulunya bermusuh kemudian sekarang mesra bahkan berbaik atas nama ukhuwwah melayu bagi kesejahteraan bangsa dan kemudiannya mengkafirkan orang lain lain ikut sedap tekak para pemimpin tersebut. Tanpa mereka sedari mahupun menyesali bahawa mereka ini sedang menyebarkan fitnah di akhir zaman ketika ini.
Malah para ulama mereka apabila melibatkan isu rakyat, yakni mencuri keseluruhan hasil mahsul negara melalui 1MDB. Kemudian mereka berhujah dengan alasan tidak cukup saksi dan sebagainya. 1MDB bukan masalah kes ZINA, yang memerlukan saksi bukan buta dan pekak. Oleh itu, usah kamu berterusan menyangka kami semua adalah saksi-saksi atau ahli-ahli kamu yg buta dan pekak.
Alhamdulillah, kami di berikan panca indera oleh Allah swt utk melihat para pemimpin kamu menjual agama demi kedudukan duniawi. Ade juga di kalangan mereka kemaruk dengan seks dan menipu dalam perkara-perkara melibatkan urus tadbir kerajaan. Pengalaman mengajar bagaimana kamu telah melantak hasil bumi kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, malah di Selangor kamu sombong dengan kerajaan campuran DAP, PKR dan AMANAH. Kamu pelahap semua hasil-hasil dibawah seliaan kamu dan konon demi ukhwah melayu kamu kongsikan DEDAK-DEDAK, kononnya rezeki Allah swt turun melalui kamu sebagai YB dan Ahli Parlimen.
Bohong demi bohong yg diungkapkan tanpa apa arah kekayaan yg kamu sendiri mahukan. Kalau 90juta adalah sebahagian dari 25% komisen mengampu para pemimpin kerajaan dari RM 360,000,000 juta. Setelah itu kamu bahagikan pula tempoh perjuangan PAS selama 64 tahun dari tahun 1951. Hanya dengan RM 5.625 juta setahun, maka beroleh lah sumbangan dari wang 1eMDiBee bagi 16 tahun sama ada mendatang atau yang telah lepas.
RM 360,000,00 X 25% = RM 90,000,000
RM 360,000.000 / 64 tahun berjuang = RM5,625,000 setahun.
Maka RM 5.625 juta berpada utk kerja-kerja 16 tahun