Khamis, 30 Jun 2016

Membudayakan perubahan kepada Bangsa Malaysia yang pelbagai.

Sesungguhnya kekuatan jatidiri amat penting bagi menghadapi suatu zaman (alaf) ataupun perubahan. Bagi menempuh segala cabaran zaman atau sebarang bentuk perubahan, pelbagai konsep ilmu dan pengalaman perlu di miliki oleh setiap individu dan masyarakat. Namun demikian, kepada umat Islam, keimanan dan ketaqwaan adalah penentu segala kejayaan dalam menghadapi permasalahan terkini. Permasalah tersebut juga meliputi segala aspek kehidupan, ekonomi, sosial, teknologi, politik dan pendidikan.

Segala kemungkinan yang timbul itu perlu di tangani dengan rasional serta mempunyai intigriti walaupun ia memerlukan pengorbanan intelektual bagi mencapai sesuatu perkara yang di ingini. Perubahan milenium atau alaf itu sendiri sudah menjadi sebuah mitos. Ertinya, saat penggantian dari satu alaf ke satu alaf baru di anggap satu peristiwa besar yang meliputi suatu keadaan yang besar bakal berlaku. Padahal pelbagai peristiwa dan perubahan yang sama pada hakikatnya terjadi setiap hari, setiap minit dan setiap detik di dalam kehidupan seharian kita.

   "Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepada (wahai Muhammad) adalah merupakan kebenaran yang mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hanba-Nya lagi Maha Melihat dan Memerhatikan. Kemudian Kami jadikan al-Quran itu di warisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami, maka diantara mereka ada yang berlaku zalim kepada diri sendiri, dan di antaranya ada yang bersikap sedehana dan di antaranya pula ada yang mendahului dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Semikian itu ialah limpah kurnia yang besar".

Surah al-Fatir ayat 31-32

Melakukan budaya perubahan bakal menghasilkan momentumnya sendiri, perkara paling penting ialah menggerakkanya dan memastikan kelancarannya di pelbagai peringkat perlaksanaannya. Kumpulan yang memulakan perubahan bukan sahaja mesti memahami masalah yang wujud dan aspek-aspek yang memerlukan perubahan, tetapi juga memberi penerangan yang jelas tentang budaya perubahan yang ingin dilaksanakan.

Sukar bagi kita semua untuk membayangkan sama ada terdapat suatu kejayaan dalam hidup ini yang boleh di perolehi tanpa melalui sebarang perjuangan dan kesulitan. Apa yang pasti, semakin besar kejayaan yang diburu, semakin sulit pula perjuangan yang perlu di hadapi. Semua manusia mungkin telah di takdirkan untuk berjaya jika mereka sanggup membayar harganya. Di dalam kita semua memburu kejayaan atau pun kemenangan, ada ketikanya kita perlu membakar jambatan yang ada di belakang kita supaya kemungkinan untuk berundur sudah tiada lagi.

Apakah kita tidak lagi berminat dalam hal dan perkara untuk hidup? Apakah kita tertumpu untuk perkara hendak mati sahaja? Apakah kita biarkan soal hidup kepada orang lain dan kita cuma buat seperti melepaskan batuk ditangga, kerana kita nak tumpu hal-hal akhirat semata-mata? Apakah kita semua sudah mati sebelum kita di matikan.